Monday, September 14, 2009

mutiara kata

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

"Jalan terbaik untuk keluar dari suatu kesulitan ialah menghadapi dan mengatasi kesulitan itu"

"Apabila kita mendengar sesuatu berita , kita selalu harus menunggu keputusannya"

"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan"

"Manusia yang dapat membina dunia serta kemajuannya adalah manusia yang dapat memuji dan mengkritik"

"Perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia, jika anda mempunyai matlamat atau tujuan hidup jelas, anda harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat"

"Keadilan adalah timbangan kebenaran, kesederhanaan adalah timbangan keberanian"

"Jika kita tidak mampu bertindak seperti yang kita harapkan maka kita harus bertindak apa yang kita mampu"

"Angan-angan, harapan, keinginan, kehendak dan cita-cita dapat diubah sehingga menjadi kenyataan, setelah melalui pengalaman pahit dan kegagalan dan tetap bertekad untuk berjalan terus maju terus tanpa mengenal lelah dan putus asa sekalipun orang lain sudah menghalangnya"
"Tidak sekali-kali panjang fikiran seseorang selain ia telah berilmu. Dan tidak sekali-kali berilmu seseorang itu selain ia beramal"

"Keyakinan yang mendalam akan membuat seseorang itu kebal terhadap ejekkan dan hinaan"

"Untuk mencapai cita-cita yang anda idam-idamkan, anda harus ada kemahuan , kebolehan, kesanggupan dan penentuan yang teguh"

"Modal paling baik dari seorang ialah kerajinannya"

"Jangan melepaskan apa yang berada berhampiran kita dengan bermimpi tentang apa yang jauh daripada kita"

"Barang siapa yang menjadikan dirinya pemimpin maka hendaklah ia mulai memimpin dirinya sebelum ia memimpin orang lain"

"Kalau kamu melihat seseorang berbudi luhur, berusahalah menyamai kebaikannya dan kalau kamu bertemu dengan seorang berbudi rendah, periksalah dirimu sendiri"

"Hargailah diri sendiri, peliharalah maruah dan martabat demi menjadi insan yang sempurna"

"Waktu sangat berharga, maka itu janganlah engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga"
"Tidak ada yang lebih mencelakakan daripada bekerja tanpa menggunakan pengetahuan."

"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"

"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"
"Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain"




"Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi"

"Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal"

"Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu"

"Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda"

"Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain"

"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

"Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini"

Mutiara Kata: "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

Sunday, September 13, 2009

*** Renungilah....***

Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang
kaya,hobinya suka mendengar muzik.Dia memiliki pentasnya sendiri serta
beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya.Apa yang menjadi
kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan segera
memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi
menghormati azan.

Setelah selesai dan menjawab azan barulah disambung semula, hanya
itulah amalan yang sentiasa dijaganya.Setelah dia meninggal ramai dari
kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya; tanya
mereka,
"Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu,adakah
kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"
Jawab Zubaidah,Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan
syukur.
Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu
iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku tengah
berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh
mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.Itulah ibadah
yang aku benar-benar menjaganya.Sebagai balasan,Allah berfirman yang
bermaksud,
"Kamu dilarang menyeksanya,jika tidak kerana iman yang ada di dalam
dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"

Wallahu A'lam.
"KISAH CINTA"

Alkisah di sebuah pulau kecil, tinggallah benda
abstrak. Ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN ,
KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Pada awalnya
mereka hidup bersama-sama dengan aman dan saling
memerlukan. Namun pada suatu hari, tiba-tiba badai
datang menghempas pulau kecil itu dan air laut
tiba-tiba bergelombang dan menimbulkan ombak yang
sangat besar dan akan menenggelamkan pulau itu.
Semua penghuni di pulau itu segera berusaha
menyelamatkan diri.

CINTA sangat bimbang kerana ia tidak pandai berenang
dan tidak memiliki perahu. Ia berdiri di tepi pantai
untuk meminta bantuan. Ia berdiri di tepi pantai
untuk meminta bantuan. Sementara itu air semakin
naik membasahi kaki CINTA. Tidak lama kemudian,
kelihatan KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolonglah aku!" teriak CINTA.
Dengan segera KEKAYAAN pun menjawab, " Ohh! Maafkan
aku, CINTA!" kata KEKAYAAN. " Perahuku telah penuh
dengan semua hartaku. Aku tak dapat membawaku
bersama, nanti perahu ini akan tenggelam. Lagi pun
tak ada ruang lagi untuk kau di perahuku ini".

CINTA amat sedih sekali, namun kemudian dia melihat
KEGEMBIRAAN melintasi di depannya dengan sebuah
perahu.

" KEGEMBIRAAN! Tolonglah aku! Teriak CINTA. Oleh
kerana KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana dia telah
menjumpai sebuah perahu, dia langsung tidak
mendengari teriakan CINTA. Air semakin meninggi
membasahi CINTA sampai ke paras pinggang dan CINTA
semakin panik. Tidak lama selepas itu, lalulah
KECANTIKAN di depannya.

" KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!" teriak CINTA.

" Wah, CINTA kamu sudah basah dan kotor. Aku tak
boleh membawamu bersama. Nanti kau akan mengotorkan
perahuku yang indah ini." Sahut KECANTIKAN. CINTA
amat sedih mendengarnya. CINTA mula menangis
teresak-esak.

" Apa kesalahanku, mengapa semua orang tidak
mempedulikan aku?"

" Ketika CINTA sedang menangis , lalulah pula
KESEDIHAN dengan perahunya.

" Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu," kata CINTA.


" Maaf CINTA. Aku sedang bersedih dan aku ingin
bersendirian...," kata KESEDIHAN sambil terus
mendayung perahunya. CINTA sudah mula putus asa. Air
semakin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus
berharap agar dirinya akan diselamatkan orang. Dia
berdoa kepada Tuhan, " Oh, Tuhan tolonglah aku, apa
akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa CINTA?"

Pada saat yang kritikal itu, tiba-tiba terdengar
suara memanggilnya, "CINTA! Mari cepat naik ke
perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan
melihat seorang tua berjanggut panjang memutih
sedang mendayung perahunya. CINTA pun naik ke perahu
itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran, orang
tua itu menurunkan CINTA dan segera meninggalkan
pulau itu. Pada ketika itulah, baru CINTA sedar
bahawa dia tidak mengetahui siapakah gerangan orang
tua itu yang baik hati dan telah menyelamatkannya
itu. CINTA segera bertanya kepada seorang penduduk
tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang itu.

" Oh, orang tua tadi? Dia ialah 'IMAN'", kata orang
itu.

CINTA pun bertanya lagi, " Tapi mengapakah dia
menyelamatkan aku? Aku tak kenal dia, sedangkan
kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu
menolongku," tanya CINTA kehairanan.

" Sebab, hanya IMANlah yang tahu betapa berharganya
CINTA itu, hanya CINTA sejati bersandarkan IMANlah
yang akan berkekalan hingga ke syurga," kata orang
itu. Setelah itu, fahamlah CINTA akan kepentingannya
di dunia ini. Tanpa IMAN, apalah yang akan terjadi
pada CINTA. Jika tiada IMAN akan hancurlah CINTA
itu.

Sesungguhnya cinta kepada Allah itu yang paling
utama. Cinta bersandarkan iman itu yang paling
berharga. Cinta yang bersandarkan kekayaan,
kecantikan, kesedihan, kegembiraan hanyalah perkara
sementara di dunia ini. Segalanya akan membawa
kepada kehancuran diri dan akan memudahkan syaitan
menjalankan peranannya untuk menghancurkan lagi diri
kita.

Oleh itu wahai saudara-saudaraku sekalian, ingatlah
bahawa cinta yang bersandarkan iman itulah yang
membawa kita ke syurga. Bagaimana untuk membezakan
cinta bersandarkan iman atau tidak?

Sebagai pasangan kekasih, cinta bersandarkan iman
mestilah tidak membawa seseorang itu kepada
kemaksiatan seperti keluar berdua-duaan dengan bukan
muhrim kita. Tidak berpegangan tangan, tidak berzina
dan sebagainya. Jika sebaliknya, cinta itu hanyalah
bersandarkan kepada perkara duniawi semata-mata
disamping hasutan syaitan dan tuntutan nafsu. Itulah
cinta yang tidak akan berkekalan hingga ke syurga,
hanya keduniaan semata-mata.

Hanya sekadar bercerita....dan dalam bercerita
ambillah iktibar."

perempuan.......

Assalamualaikum...

Alahai perempuan

Dia beli kasut baru hampir setiap bulan dia cakap sebab dia nak sentiasa up to date,tapi kalau saya beli kasut baru pasal kasut lama saya dah koyak dia cakap saya nak mengorat awek lain.

Kalau dia puji Tom Cruise tu hendsome dia cakap sebab dia memang peminat setia,tapi kalau saya puji Siti Nurhaliza tu cantik dia cakap saya suka membanding-bandingkan dia dengan perempuan lain.

Kalau dia tak telefon saya seminggu dia cakap itu tak bermakna dia tak rindu saya,tapi kalau saya tak telefon dia selang dua hari dia cakap saya dah curang dan dah lupakan dia.

Kalau dia senyum kat lelaki lain dia cakap dia memang seorang yang murah dengan senyuman,tapi kalau saya senyum dekat perempuan lain dia cakap saya nak mengorat ler tu.

Kalau dia lewat dia cakap sebab jalan jem,tapi kalau saya lewat dia cakap mesti saya nak beri alasan jalan jem.

Dia selalu cakap dalam sesuatu hubungan mesti ada "give and take" tapi kalau sesekali saya suruh dia bayar lunch,dinner atau tiket wayang mesti dia cakap saya ni tak gentleman,last-last saya jugak yang kena bayar.

Kalau dia diam memanjang,dia cakap dia tak ada mood dan tak tahu apa nak cakap,tapi kalau saya diam memanjang dia cakap mesti saya tengah teringatkan perempuan lain.

Jadi terimalah mereka seadanya....kerana kejadian mereka pun dari tulang rusukmu yang bengkok...luruskan mereka dengan lemah lembut bersama iman dan taQwa....

Wallahu A'lam..

Thursday, September 10, 2009

Ketahuilah jiwaku,natijah yang nampak seolah-olah Islami,tetapi sebenarnya terputus hubungan dengan Allah,ditolak oleh Allah S.W.T. dan pelaku-pelakunya diseksa pula oleh Allah S.W.T.Satu hadis Rasulullah S.A.W.,yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. wajar kita renungkan.
Perkara pertama yang akan diputuskan di hari kiamat ialah seorang yang mati syahid.Maka dihadapkan dan ditanyakan beberapa nikmat Allah kepadanya.Setelah diakui banyaknya nikmat Allah,maka ditanya:Apakah perbuatanmu terhadap nikmat itu?Jawabnya:Saya telah berjuang untuk-Mu sehinggalah mati syahid.Jawab Allah:Dusta engkau,tetapi engkau berjuang supaya dikenali sebagai pahlawan dan dirimu telah pun terkenal demikian.Kemudian diperintahkan supaya diseret ke dalam api neraka.
Begitu juga nasib seorang pelajar yang telah pandai serta mengajar al-Quran.Allah yang Maha Mengetahui tidak menerima semua amalnya dan mengatakan bahawa amalnya itu bertujuan untuk terkenal sebagai qari.Kemudian diseret mukanya ke dalam neraka.
Seorang hartawan yang suka menderma ketika hidupnya juga dicampak ke neraka.Ini kerana amalannya terputus hubungan dengan Allah dan bertujuan untuk dikenali sebagai dermawan.
Duhai jiwaku,tidakkah hadis ini cukup menggerunkanmu?Sedangkan seorang yang mati syahid,qari dan dermawan pun dicampak ke neraka,inikan pula aku?Sudahlah sikit amalku,bercampur baur pula dengan karat mazmumah.Biarpun hidupku dekat dengan Islam,namun bersihkah engkau duhai hatiku?
Persediaan hati perlukan proses tarbiah tersusun bermula dengan tazkiyah an-nafs dan mua'lajatul ujub (mengikis keaiban).Mujahadah yang dituntut amatlah perit dan bukan sedikit.Ia tidak boleh diambil mudah!Hanya dorongan iman dari hati yang diproses untuk dekat dengan Allah akan memampukan seseorang melakukan setiap apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. serta menjauhi segala larangan-Nya secara menyeluruh. Inilah hakikat perhambaan sebenarnya dan hakikat pengabdian ini hanya akan lahir apabila jelas hubungan hati dengan Allah.
Hayatilah bagaimana dekatnya para Rasul dan pengikutnya dengan Allah dalam setiap detik nadi mereka berdenyut.Setiap nilai hidup dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara perlu dihubungkan kepada cinta Allah agar menjadi sebati di dalam hati dan lahir pula dalam tingkah laku kita.Kita cintakan Islam kaafah!!!Bukan sekadar sistem pentadbiran yang perlu Islamik tetapi sistem diri kita juga perlu Islami merangkumi hati,pemikiran dan amalan.Berkata Hassan al-Hudaibi:Tegakkan Islam dalam diri,nescaya tertegaklah Islam di muka bumi.Wahai diri,bagaimanakah praktikalnya?
Kekuatan hubungan dengan Allah sahajalah yang menjadi tenaga penggerak hati,rasa,pemikiran,dan sahsiah diri sejajar dengan syarat-syarat keislaman.Inilah rahsia kekuatan sebenar yang akan mencorak seseorang dengan corakan Allah S.W.T.(sibghotullah) walaupun di tempat sunyi ataupun di khalayak ramai,gelap atau terang,susah atau senang,setiap ketika,di mana sahaja.Inilah proses didikan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. kepada para sahabat sehingga dikenali sebagai generasi al-Quran yang unik.
Iman mereka diiktiraf oleh Allah dan apa yang wajar dicontohi ialah keimanan mereka,cara mereka berhubung dengan Allah dan Rasul-Nya,keyakinan mereka,cara berfikir dan tingkah laku mereka.Hakikat ini perlu diyakini dan dirasai untuk mengikut jejak langkah mereka.Sekiranya mereka menerima hakikat dekat dengan Allah sebagai titik tolak dalam melaksanakan U'budiyyah kepada Allah (menegakkan Islam dalam diri dan di muka bumi), maka kita juga mesti menerima hakikat ini sebagai satu prinsip yang utama.

poco-poco

Salam alaik sahabat-sahabat semua...tahukah sahabat-sahabat sekalian bahawa tarian poco-poco berasal daripada upacara ritual kristian filipina..dan stepnye menyerupai tanda salib..berbayaklah kita bertaubat kepada ALLAH TAALA ..sungguh dan benar..banyak jarum-jarum halus kristian dan yahudi disekeliling kita...astagfirullahalazim...sama-samalah kita sebarkan pada sahabat-sahabat kita yang lain...barakallahulakum..wassalam